Masalah hormon tidak seimbang adalah perkara umum yang selalu terjadi kepada kaum wanita. Antara punca masalah ini adalah gaya hidup dan cara pemakanan yang tidak sihat. Walaupun perkara ini sering dipandang remeh, ianya selalu mengganggu masalah kesihatan ANDA. Dan jika tidak dirawat, kesan jangka masa panjangnya, ia akan menyebabkan gejala infertilitas (ketidaksuburan) berlaku.
Berikut adalah ciri-ciri hormon yang tidak seimbang pada wanita
- Kerap sakit kepala (Migrain)
- Rambut Gugur/ Pertumbuhan rambut atau bulu roma di bahagian muka atau badan)
- Tekanan perasaan (suka menyendiri, marah, sukar menerima pendapat orang lain)
- Kenaikan berat badan secara mendadak
- Perubahan kulit
- Masalah ketidaksuburan
- Gangguan kitaran haid (Haid tidak teratur)
- Sukar hamil
Cara di bawah ini mungkin membantu mengatasi hormon tidak stabil anda.
Tidur dan rehat secukupnya
- Cara ini adalah yang paling mudah untuk kembali bertenang dalam diri anda. Cuba kosongkan minda anda selama 30minit -1jam tanpa memikirkan masalah yang berlaku kepada diri anda. Insya Allah pengaliran darah daripada kortisol ke otak akan berjalan lancar.
- Jangan menambahkan lagi masalah yang telah sedia ada dengan masalah dan tekanan baru. Biasanya kelenjar adrenal akan bekerja lebih kuat lagi untuk memproses glukos dalam badan. Gkukos yang tidak cukup akan menyebabkan ketidakstabilan hormon.
Jaga diet pemakanan seimbang
Sering dilihat seseorang yang mengalami hormon tidak stabil pada suatu ketika akan meredakan tekanan dengan cara makan. Harus diingat, pola pemakanan yang tidak seimbang akan menimbulkan lagi masalah hormon di kemudian hari.
Elakkan minuman berkafein
Kopi, nescafe atau sebarang minuman berkafein akan memberi masalah kepada tidur anda.
Elakkan alkohol
Agama islam sendiri pun mengharamkan sebarang minuman berunsurkan alkohol. Selain merosakkan hati dan jantung, mengambil minuman beralkohol bukanlah satu cara untuk mengatasi ketidakstabilan hormon.
Lakukan aktiviti / olahraga
Jangan suka menyendiri apabila tekanan berada di sekeliling anda. Ianya akan memburukkan lagi ketidakstabilan hormon dalam diri. Cuba selesaikan segala aktiviti atau masalah yang timbul secara berkumpulan. Olahraga juga mungkin dapat meredakan hormon tidak stabil anda.
Bermeditasi
Sekiranya anda beragama islam, melakukan solat sunat, berzikir dan beri'tikaf di masjid adalah amalan meditasi terbaik untuk mengatasi hormon tidak stabil anda. Bagi non-muslim anda juga boleh menyertai kelas senaman yoga yang bertujuan untuk meredakan tekanan dalam diri
Anda Juga Bole Ikhtiar Dengan Supplement ~ Boleh Hubungi Kami untuk Consultantion
016-3114554 (Nizasha)
No comments:
Post a Comment