Social Icons

Tuesday, November 3, 2015

KENTUT VAGINA ??? APA TU !!!


Uiks apa tu KENTUT VAGINA, mesti ramai yang tak tahu kan, hari nie Niza akan share skit tentang masalah KENTUT VAGINA nie . Selalunya wanita yang belum berkahwin jarang mengalami masalah nie. Tetapi bagi ANDA yang tak pernah mengalami masalah ini jangan pandang remeh tau, jangan bila dah kena baru nak cari cara merawatnya.

Masalah KENTUT VAGINA nie selalu terjadi kepada mereka yang sudah berkahwin dan yang telah melahirkan anak. 

                                     

Apa itu KENTUT VAGINA ?

Kentut Vagina atau kentut faraj (Vaginal Flatulence) ini merupakan satu keadaan di mana alat kemaluan wanita atau faraj mengeluarkan udara seperti kentut.

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Kentut vagina ini selalunya berlaku akibat udara yang terperangkap di dalam faraj. Angin atau udara dalam faraj adalah udara dari sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini biasanya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau seks. Ia juga lazimnya menjadi masalah kepada wanita yang sudah menopaus.



Punca KENTUT VAGINA
Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan lemah dalam pengawalan pundi kencing.

Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan. Yang bab sengkak tu tak berani nak komen lebih sebab tidak pasti dari segi perubatan dibolehkan atau digalakkan atau tidak.

Kentut vagina juga boleh disebabkan otot-otot yang lemah di sekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Kentut vagina tidak berbau seperti kentut dubur. Tetapi, jika kentut vagina itu berbau, kemungkinan besar berlakunya jangkitan mikroorganisma yang menyebabkan ianya berbau.


Bagaimana mengatasi Masalah KENTUT VAGINA ?

                                         

a) Mengamalkan senaman Kegel atau senaman Kemut
  • Untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
b) Sentiasa pastikan MISS V anda sentiada dicuci bersih
  • Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil
  • Pastikan MISS V anda berada dalam keadaan kering selepas dicuci
  • Amalkan juga pemakaian pantyliner. 
  • Menjaga kebersihan alat sulit supaya tidak dijangkiti kuman.
c) Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat supaya membenarkan 
    aliran udara keluar masuk.

d) Gunakan pencuci alat sulit wanita yang sesuai. Yang mempunyai kadar PH balance. Disarankan 
     untuk menggunakan air rebusan daun sireh kerana khasiat sireh yang turun temurun terbukti 
     mengatasi masalah kentut vagina.

e) Tempoh 100 hari selepas bersalin adalah tempoh yang sebaiknya isteri yang baru lepas melahirkan 
    sebelum bersedia melakukan hubungan intim bersama suami. Suami dan isteri perlu sepakat. 
    Tempoh ini akan membantu mengatasi masalah faraj longgar.


SELAIN ITU ANDA GUNA BOLEH CUBA MENGAMALKAN SAPUAN 
Women Desiree Essential Cream dan MENGGUNAKAN PENCUCI
 Women Desiree V-Hygiene SEBAGAI RAWATAN ALTERNATIF






No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates