Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan cahaya mata sebaik mendirikan rumahtangga. Ada yang bernasib baik, selepas berkahwin terus si isteri hamil. Tetapi bagi mereka yang tidak hamil dalam tempoh masa yang lama selepas berkahwin, pasti tetanya-tanya apakah masalah mereka sehingga sukar untuk hamil.
Perkara nie akan membuatkan pasangan suami isteri mudah stress atau tertekan. Lagi-lagi melihat orang sekeliling sudah hamil dan memiliki zuriat. Kadang kala Masalah ini dapat mengancam keharmonian rumahtangga.
Masalah kesuburan perlu diambil perhatian serius sekiranya pasangan sudah mendirikan rumahtangga melebihi 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jiha hal ini terjadi,pasangan perlu segera mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dan melakukan rawatan yang sewajarnya.
Untuk post kali ini niza akan share kan serba sedikit tentang antara ANTARA PUNCA MASALAH KESUBURAN DIKALANGAN KAUM WANITA
Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita. Masalah ini juga menyebabkan boleh membawa kepada masalah lain (seperti dibawah) yang lebih serius sehingga mengganggu organ peranakkan kaum wanita.
Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvic.
Kebiasaannya, apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk mambantu proses persenyewaan. Apabila tiada proses persenyewaan berlaku, diniding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya, darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita.
PCOS menjadi salah satu punca kepada masalah ketidaksuburan di kalangan kaum wanita.´Polycystic ovary´ adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur.
Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Wanita yang mengalami masalah berat badan naik secara mendadak, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
Fibroid adalah ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.
Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam system reproduktif wanita. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.
Masalah kesuburan perlu diambil perhatian serius sekiranya pasangan sudah mendirikan rumahtangga melebihi 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jiha hal ini terjadi,pasangan perlu segera mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dan melakukan rawatan yang sewajarnya.
Untuk post kali ini niza akan share kan serba sedikit tentang antara ANTARA PUNCA MASALAH KESUBURAN DIKALANGAN KAUM WANITA
Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita. Masalah ini juga menyebabkan boleh membawa kepada masalah lain (seperti dibawah) yang lebih serius sehingga mengganggu organ peranakkan kaum wanita.
- ENDOMETRIOSIS
Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvic.
Kebiasaannya, apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk mambantu proses persenyewaan. Apabila tiada proses persenyewaan berlaku, diniding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya, darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita.
- PCOS ( Polycystic Ovary Syndrome )
Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Wanita yang mengalami masalah berat badan naik secara mendadak, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
- FIBRIOD
- TIUB FALLOPIO TERSUMBAT
- BENDALIR DALAM RAHIM TERLALU PEKAT
- TEKANAN DAN STRESS
LEBIH BANYAK INFO, JOM VIEW LINK DIBAWAH
No comments:
Post a Comment