Social Icons

Thursday, November 5, 2015

HORMON TERGANGGU PUNCA JERAWAT ??? BETUL KE !!!



JERAWAT ?? AUCHH TAK SUKAAA NYA !!!

Tahulah ANDA terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada masalah Jerawat di kalangan kaum wanita. Selain faktor keturunan, kebersihan dan bakteria, Jerawat juga selalu dikaitkan dengan masalah perubahan dan ketidakseimbangan hormon dalam badan. Hari ni Niza akan share dengan ANDA tentang masalah jerawat yang terjadi disebabkan HORMON.



Masalah ini selalu berlaku apabila seseorang itu sudah akil baligh, ketika masa kitaran haid , jika kitaran haid terganggu atau ketika keadaan psikologi seseorang itu terganggu.

Ketika perkara ini berlaku, hormon mengalami perubahan dan secara tidak lansung ia mempengaruhi imun tubuh dan menyebabkan peningkatan beberapa kelenjar di kulit yang berkaitan dengan timbulnya jerawat, salah satunya ialah kelenjar minyak.

Berikut adalah ciri-ciri masalah jerawat yang berkaitan dengan Hormon :



  • Jerawat timbul dengan banyak ketika memasuki zaman akil baligh (13 tahun - 17 tahun)
  • Jerawat muncul pada ketika dalam masa kitaran haid, ketika hamil atau ketika menopause
  • Jerawat timbul ketika anda mengalami masalah kitaran haid tidak teratur 
  • Jerawat timbul lebih banyak dan kulit berminyak.
  • Ketika emosi terganggu dan stress.



Biasanya masalah jerawat yang berkait dengan hormon ini agak susah untuk diselesaikan dengan penggunaan kosmetik atau ubat sahaja (kebiasaan doktor akan bagi ubat cuci darah) .

Ini adalah kerana selagi hormon terganggu selagi itu masalah ini akan kerap berulang. Jadi secara logiknya mereka yang mengalami masalah ini harus lah merawat masalah hormon mereka terlebih dahulu dan secara tidak lansung masalah jerawat mereka juga akan terawat sekali.

Jom tengok antara testimoni kami yang berjaya merawat masalah hormon mereka dan secara tidak lansung mendapat bonus kulit lebih cantik dan bersih.




MASALAH HORMON - PUNCA BERAT BADAN NAIK !!!



Pernah tak uolls rasa susah sangat nak turunkan berat badan ?
Dah Diet, Dah Exercise, dah buat macam-macam berat badan tetap tak turun malah 
kadang2 makin naik pulak.

                                        

Hari nie niza nak story antara punca dan penyebab kepada masalah ini. Selain faktor kuat makan yang selalu kita dengar, masalah ketidak seimbangan hormon juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah BERAT BADAN. Masalah ini juga menyebabkan berat badan amat susah diturunkan.

                                     
                         
                

Berikut antara jenis hormon yang mempengaruhi kenaikkan berat badan seseorang :-

Testosteron
  • Didalam tubuh seorang wanita memang terdapat hormon Testosteron, tapi apabila kadar hormon ini mengalami peningkatan, ianya akan menyebabkan wanita tersebut mengalami sindrom PCOS ( polycystic ovarian syndrome ). Dan apabila masalah PCOS ini berlaku, berat badan akan naik secara mendadak dan menyebabkan berat otot yang berlebihan. Ini membuktikan ketidakseimbangan Hormon Testosteron juga menjadi penyebab kepada masalah kegemukkan di kalangan kaum wanita.

Hormon Tiroid

  • Hormon tiroid memegang peranan penting dalam metabolisme yang membakar lemak dan menyalurkan tenaga ke seluruh tubuh. Dan apabila kadar hormon tiroid menurun, dia boleh membawa kepada risiko berat badan berlebihan   

Estrogen dan Progesteron
  • Hormon ini terdapat dalam badan kaum wanita dan dihasilkan oleh ovari. Hormon estrogen dalam kadar tinggi terdapat dalam darah wanita, dan dapat membantu penguraian timbunan lemak. Selain itu, estrogen juga meningkatkan metabolisme, dan menjaga mood.. Kadar estrogen akan menurun ketika kaum wanita mulai mendekati masa menopause atau jika mengalami masalah hormon.
  • Ini boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di terutama di bahagian perut. Badan juga akan nampak seperti membengkak akibat dari masalah ini. Masalah ini selalunya mengganggu kaum wanita yang Menopause.

Hormon Kortisol

  • Hormon kortisol ini lebih dikenali dengan istilah hormon stres. Ketika seorang wanita mengalami masalah stress yang teruk, kadar hormon kortisol dalam badan akan meningkat dan akan membuatkan seseorang itu mempunyai nafsu makan yang luar biasa. Ini menyebabkan berat badan makin meningkat tanpa kita sedari.

Hormon insulin

  • Hormon insulin adalah hormon yang sangat penting dalam mengawal kadar gula dalam tubuh badan. Jika hormon insulin meningkat ia bukan sahaja boleh menyebakan masalah diabetis malah ia menyebabkan berat badan naik mendadak. Ini kerana selain mengawal kadar gula dalam darah, ianya juga membantu mengawal lemak dan karbohidrat dalam badan. 

So kesimpulannya, masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan seorang wanita memang mempengaruhi masalah kenaikkan berat badan

Jom KLIK SINI ---> -->  Women Desiree Essential Cream 
kami share bagaimana KRIM TERAPI HORMON WDEC dapat membantu masalah ini.


KLIK SINI ---> 8KG HILANG DENGAN WDEC






Tuesday, November 3, 2015

KENTUT VAGINA ??? APA TU !!!


Uiks apa tu KENTUT VAGINA, mesti ramai yang tak tahu kan, hari nie Niza akan share skit tentang masalah KENTUT VAGINA nie . Selalunya wanita yang belum berkahwin jarang mengalami masalah nie. Tetapi bagi ANDA yang tak pernah mengalami masalah ini jangan pandang remeh tau, jangan bila dah kena baru nak cari cara merawatnya.

Masalah KENTUT VAGINA nie selalu terjadi kepada mereka yang sudah berkahwin dan yang telah melahirkan anak. 

                                     

Apa itu KENTUT VAGINA ?

Kentut Vagina atau kentut faraj (Vaginal Flatulence) ini merupakan satu keadaan di mana alat kemaluan wanita atau faraj mengeluarkan udara seperti kentut.

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Kentut vagina ini selalunya berlaku akibat udara yang terperangkap di dalam faraj. Angin atau udara dalam faraj adalah udara dari sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini biasanya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau seks. Ia juga lazimnya menjadi masalah kepada wanita yang sudah menopaus.



Punca KENTUT VAGINA
Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan lemah dalam pengawalan pundi kencing.

Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan. Yang bab sengkak tu tak berani nak komen lebih sebab tidak pasti dari segi perubatan dibolehkan atau digalakkan atau tidak.

Kentut vagina juga boleh disebabkan otot-otot yang lemah di sekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Kentut vagina tidak berbau seperti kentut dubur. Tetapi, jika kentut vagina itu berbau, kemungkinan besar berlakunya jangkitan mikroorganisma yang menyebabkan ianya berbau.


Bagaimana mengatasi Masalah KENTUT VAGINA ?

                                         

a) Mengamalkan senaman Kegel atau senaman Kemut
  • Untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
b) Sentiasa pastikan MISS V anda sentiada dicuci bersih
  • Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil
  • Pastikan MISS V anda berada dalam keadaan kering selepas dicuci
  • Amalkan juga pemakaian pantyliner. 
  • Menjaga kebersihan alat sulit supaya tidak dijangkiti kuman.
c) Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat supaya membenarkan 
    aliran udara keluar masuk.

d) Gunakan pencuci alat sulit wanita yang sesuai. Yang mempunyai kadar PH balance. Disarankan 
     untuk menggunakan air rebusan daun sireh kerana khasiat sireh yang turun temurun terbukti 
     mengatasi masalah kentut vagina.

e) Tempoh 100 hari selepas bersalin adalah tempoh yang sebaiknya isteri yang baru lepas melahirkan 
    sebelum bersedia melakukan hubungan intim bersama suami. Suami dan isteri perlu sepakat. 
    Tempoh ini akan membantu mengatasi masalah faraj longgar.


SELAIN ITU ANDA GUNA BOLEH CUBA MENGAMALKAN SAPUAN 
Women Desiree Essential Cream dan MENGGUNAKAN PENCUCI
 Women Desiree V-Hygiene SEBAGAI RAWATAN ALTERNATIF






 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates