Social Icons

Featured Posts

Thursday, November 5, 2015

HORMON TERGANGGU PUNCA JERAWAT ??? BETUL KE !!!



JERAWAT ?? AUCHH TAK SUKAAA NYA !!!

Tahulah ANDA terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada masalah Jerawat di kalangan kaum wanita. Selain faktor keturunan, kebersihan dan bakteria, Jerawat juga selalu dikaitkan dengan masalah perubahan dan ketidakseimbangan hormon dalam badan. Hari ni Niza akan share dengan ANDA tentang masalah jerawat yang terjadi disebabkan HORMON.



Masalah ini selalu berlaku apabila seseorang itu sudah akil baligh, ketika masa kitaran haid , jika kitaran haid terganggu atau ketika keadaan psikologi seseorang itu terganggu.

Ketika perkara ini berlaku, hormon mengalami perubahan dan secara tidak lansung ia mempengaruhi imun tubuh dan menyebabkan peningkatan beberapa kelenjar di kulit yang berkaitan dengan timbulnya jerawat, salah satunya ialah kelenjar minyak.

Berikut adalah ciri-ciri masalah jerawat yang berkaitan dengan Hormon :



  • Jerawat timbul dengan banyak ketika memasuki zaman akil baligh (13 tahun - 17 tahun)
  • Jerawat muncul pada ketika dalam masa kitaran haid, ketika hamil atau ketika menopause
  • Jerawat timbul ketika anda mengalami masalah kitaran haid tidak teratur 
  • Jerawat timbul lebih banyak dan kulit berminyak.
  • Ketika emosi terganggu dan stress.



Biasanya masalah jerawat yang berkait dengan hormon ini agak susah untuk diselesaikan dengan penggunaan kosmetik atau ubat sahaja (kebiasaan doktor akan bagi ubat cuci darah) .

Ini adalah kerana selagi hormon terganggu selagi itu masalah ini akan kerap berulang. Jadi secara logiknya mereka yang mengalami masalah ini harus lah merawat masalah hormon mereka terlebih dahulu dan secara tidak lansung masalah jerawat mereka juga akan terawat sekali.

Jom tengok antara testimoni kami yang berjaya merawat masalah hormon mereka dan secara tidak lansung mendapat bonus kulit lebih cantik dan bersih.




MASALAH HORMON - PUNCA BERAT BADAN NAIK !!!



Pernah tak uolls rasa susah sangat nak turunkan berat badan ?
Dah Diet, Dah Exercise, dah buat macam-macam berat badan tetap tak turun malah 
kadang2 makin naik pulak.

                                        

Hari nie niza nak story antara punca dan penyebab kepada masalah ini. Selain faktor kuat makan yang selalu kita dengar, masalah ketidak seimbangan hormon juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah BERAT BADAN. Masalah ini juga menyebabkan berat badan amat susah diturunkan.

                                     
                         
                

Berikut antara jenis hormon yang mempengaruhi kenaikkan berat badan seseorang :-

Testosteron
  • Didalam tubuh seorang wanita memang terdapat hormon Testosteron, tapi apabila kadar hormon ini mengalami peningkatan, ianya akan menyebabkan wanita tersebut mengalami sindrom PCOS ( polycystic ovarian syndrome ). Dan apabila masalah PCOS ini berlaku, berat badan akan naik secara mendadak dan menyebabkan berat otot yang berlebihan. Ini membuktikan ketidakseimbangan Hormon Testosteron juga menjadi penyebab kepada masalah kegemukkan di kalangan kaum wanita.

Hormon Tiroid

  • Hormon tiroid memegang peranan penting dalam metabolisme yang membakar lemak dan menyalurkan tenaga ke seluruh tubuh. Dan apabila kadar hormon tiroid menurun, dia boleh membawa kepada risiko berat badan berlebihan   

Estrogen dan Progesteron
  • Hormon ini terdapat dalam badan kaum wanita dan dihasilkan oleh ovari. Hormon estrogen dalam kadar tinggi terdapat dalam darah wanita, dan dapat membantu penguraian timbunan lemak. Selain itu, estrogen juga meningkatkan metabolisme, dan menjaga mood.. Kadar estrogen akan menurun ketika kaum wanita mulai mendekati masa menopause atau jika mengalami masalah hormon.
  • Ini boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di terutama di bahagian perut. Badan juga akan nampak seperti membengkak akibat dari masalah ini. Masalah ini selalunya mengganggu kaum wanita yang Menopause.

Hormon Kortisol

  • Hormon kortisol ini lebih dikenali dengan istilah hormon stres. Ketika seorang wanita mengalami masalah stress yang teruk, kadar hormon kortisol dalam badan akan meningkat dan akan membuatkan seseorang itu mempunyai nafsu makan yang luar biasa. Ini menyebabkan berat badan makin meningkat tanpa kita sedari.

Hormon insulin

  • Hormon insulin adalah hormon yang sangat penting dalam mengawal kadar gula dalam tubuh badan. Jika hormon insulin meningkat ia bukan sahaja boleh menyebakan masalah diabetis malah ia menyebabkan berat badan naik mendadak. Ini kerana selain mengawal kadar gula dalam darah, ianya juga membantu mengawal lemak dan karbohidrat dalam badan. 

So kesimpulannya, masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan seorang wanita memang mempengaruhi masalah kenaikkan berat badan

Jom KLIK SINI ---> -->  Women Desiree Essential Cream 
kami share bagaimana KRIM TERAPI HORMON WDEC dapat membantu masalah ini.


KLIK SINI ---> 8KG HILANG DENGAN WDEC






Tuesday, November 3, 2015

KENTUT VAGINA ??? APA TU !!!


Uiks apa tu KENTUT VAGINA, mesti ramai yang tak tahu kan, hari nie Niza akan share skit tentang masalah KENTUT VAGINA nie . Selalunya wanita yang belum berkahwin jarang mengalami masalah nie. Tetapi bagi ANDA yang tak pernah mengalami masalah ini jangan pandang remeh tau, jangan bila dah kena baru nak cari cara merawatnya.

Masalah KENTUT VAGINA nie selalu terjadi kepada mereka yang sudah berkahwin dan yang telah melahirkan anak. 

                                     

Apa itu KENTUT VAGINA ?

Kentut Vagina atau kentut faraj (Vaginal Flatulence) ini merupakan satu keadaan di mana alat kemaluan wanita atau faraj mengeluarkan udara seperti kentut.

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Kentut vagina ini selalunya berlaku akibat udara yang terperangkap di dalam faraj. Angin atau udara dalam faraj adalah udara dari sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini biasanya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau seks. Ia juga lazimnya menjadi masalah kepada wanita yang sudah menopaus.



Punca KENTUT VAGINA
Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan lemah dalam pengawalan pundi kencing.

Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan. Yang bab sengkak tu tak berani nak komen lebih sebab tidak pasti dari segi perubatan dibolehkan atau digalakkan atau tidak.

Kentut vagina juga boleh disebabkan otot-otot yang lemah di sekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Kentut vagina tidak berbau seperti kentut dubur. Tetapi, jika kentut vagina itu berbau, kemungkinan besar berlakunya jangkitan mikroorganisma yang menyebabkan ianya berbau.


Bagaimana mengatasi Masalah KENTUT VAGINA ?

                                         

a) Mengamalkan senaman Kegel atau senaman Kemut
  • Untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
b) Sentiasa pastikan MISS V anda sentiada dicuci bersih
  • Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil
  • Pastikan MISS V anda berada dalam keadaan kering selepas dicuci
  • Amalkan juga pemakaian pantyliner. 
  • Menjaga kebersihan alat sulit supaya tidak dijangkiti kuman.
c) Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat supaya membenarkan 
    aliran udara keluar masuk.

d) Gunakan pencuci alat sulit wanita yang sesuai. Yang mempunyai kadar PH balance. Disarankan 
     untuk menggunakan air rebusan daun sireh kerana khasiat sireh yang turun temurun terbukti 
     mengatasi masalah kentut vagina.

e) Tempoh 100 hari selepas bersalin adalah tempoh yang sebaiknya isteri yang baru lepas melahirkan 
    sebelum bersedia melakukan hubungan intim bersama suami. Suami dan isteri perlu sepakat. 
    Tempoh ini akan membantu mengatasi masalah faraj longgar.


SELAIN ITU ANDA GUNA BOLEH CUBA MENGAMALKAN SAPUAN 
Women Desiree Essential Cream dan MENGGUNAKAN PENCUCI
 Women Desiree V-Hygiene SEBAGAI RAWATAN ALTERNATIF






Thursday, October 29, 2015

AUCH GASTRIK !!! PUNCA DAN CARA MENGATASINYA



Yuhoo.. Salam semua .. Hari nie niza nak share dengan uolls tentang "GASTRIK" benda yang niza paling fobia .. Kalau gastrik menyerang memang tak bole nak buat ape, baring salah, duduk salah .. tak selesa, sakit, perit semua ada.. Ok jom niza share sedikit sebanyak tentang masalah gastrik nie

                                 
                                   

Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Gastrik / Gastritis berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)

Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.


                                    

PUNCA GASTRIK
  • Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Mengambil ubat-ubatan secara berlebihan seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs)
  • Meminum minuman beralkohol atau bergas
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser
  • Merokok
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)
GEJALA GASTRIK
  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan
  • Pedih ulu hati
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol
  • Mual
  • Muntah
  • Hilang selera dan terasa sebu 
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit
  • Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut

BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:


  • Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut. 
  • Elakkan makan makanan makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
  • Elakkan makanan "Junk Food" , jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Elakkan tidur sebaik selepas makan. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
  • Kurangkan minum minuman beralkohol dan berkabonat. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah
  • Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
  • Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
  • Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan
  • Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
  • Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik

SELAIN LANGKAH DIATAS ANDA BOLEH GUNA CARA ALTERNATIF , 
JOM VIEW LINK DIBAWAH



Wednesday, October 28, 2015

SENGGUGUT !!! JANGAN AMBIL MUDAH




Salam Semua, Hari nie niza nak kongsi dengan uolls, tentang bahayanya SENGUGUT yang selalu dipandang remeh oleh kaum-kaum wanita


Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Mengikut kajian 3/4 wanita pernah merasai senggugut ni. dah macam jadi normal senggugut ni walaupun sebenarnya ia boleh mengundang bahaya jika berlarutan dan diiringin simptom2 yang melampau seperti sakit yang keterlaluan di bahagian perut, ari2 dan pinggang, muntah2, kejang dan pening kepala.

Kadang-kadang kita nampak ia simple,dan kita ambil mudah sebab ia akan hilang selepas 2-3 hari period. Tapi sebenarnya kekerapan kesakitan dan sakit yang tidak boleh dibendung adalah petanda kepada masalah yang lain.

Senggugut boleh dipecahkan kepada 2 jenis iaitu Primary & Secondary


Senggugut primary adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut secondary disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

                                         

Untuk masalah senggugut ini , kaum wanita haruslah melakukan rawatan awal atau pemeriksaan doktor adalah sangat diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

                                         
Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah dapat menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat lebih awal.

Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita menjaga kualiti organ pembiakan kerana jika telah sampai pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan dan sampai di satu tahap mungkin doktor terpaksa membuang organ pembiakan ini.

Ini menyebabkan kaum wanita ini mendapat "MENOPAUSE" lebih awal dan tidak berpeluang untuk HAMIL lagi.

                                                            

Opps jangan ingat masalah senggugut nie hanya terjadi pada wanita dewasa sahaja tau. Remaja juga mempunyai risiko tinggi mempunyai masalah ini. Mengikut pengalaman niza dan yang pernah niza teangok sendiri Endrometriosis boleh menyerang remaja seawal usia 13 tahun. So please take it serious ok


JOM KITA VIEW LINK DIBAWAH BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH SENGGUGUT



ANTARA PUNCA MASALAH KESUBURAN DIKALANGAN KAUM WANITA






Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan cahaya mata sebaik mendirikan rumahtangga. Ada yang bernasib baik, selepas berkahwin terus si isteri hamil. Tetapi bagi mereka yang tidak hamil dalam tempoh masa yang lama selepas berkahwin, pasti tetanya-tanya apakah masalah mereka sehingga sukar untuk hamil.

                                       

Thursday, October 22, 2015

KEPUTIHAN !!! NORMAL ATAU PENYAKIT



Keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.


Keputihan Yang Normal

Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama  ovulasi.
Keputihan Yang Abnormal

Merupakan lendiran yang keluar  seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Punca Keputihan Abnormal

Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. Antaranya ialah:
  • Ketika terlalu letih
  • Berada dalam situasi yang sangat tertekan
  • Gangguan Hormon
  • Kebersihan
  • Jangkitan

Mengenali Gejala Jangkitan Mikroorganisma :
1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda Asing
Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Cara mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid). 
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

Selain dari cara diatas kami juga menyediakan alternative lain dengan penggunaan Produk Hebat Women Desiree Essentail Cream & V-Hygiene. Berminat

Whatsapp Niza - 016-3114554
STOKIS WOMEN DESIREE KUALA LUMPUR

KLIK SINI  ---->>> PENCUCI MISS-V YANG SANGAT SESUAI UNTUK MASALAH KEPUTIHAN
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates